The Malay Archipelago

The Malay Archipelago
Peta Pemerintahan di Nusantara

MANIFESTO BN PRU13 2013

MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) PRU13 - MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN

Tuesday, March 19, 2013

Agimuddin lolos atau tidak, hanyalah propaganda pihak Kesultanan Sulu...


Agimudin Lolos Atau Tidak Bukan Isu, Janji Lanun Tumpas


Azzumudie Kiram


PENULIS dah kata lama, Anwar bukan ikhlas sangat bila minta rakyat beri sokongan kepada pasukan keselamatan kita yang sedang bertaruh nyawa di Sabah.

Dia cakap begitu-begitu sajalah, tapi cuba periksa balik dimana kenyataan Anwar yang mengecam keganasan lanun Sulu itu. Ada ke takde? Penulis rasa macam tidak ada. Anwar lebih berminat mencari kelemahan kerajaan Malaysia dan ATM saja, nama dia nak kecam lanun ini tidak sekali, walaupun ada kepala anggota polis kita yang dipisahkan dari badan.

Maka itu tidak hairan kenapa balacinya langsung tidak berminat dengan pengorbanan anggota tentera kita di Sabah, sebaliknya tidak ada hari dimana media dan pemimpin pro Pakatan yang tidak mempersoalkan keberkesanan strategi yang digunakan pasukan keselamatan,

Ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul dan ini berlaku dari hari pertama operasi Sulu lagi sebelum digantikan dengan Operasi Daulat bila tentera mula mengambil alih. Asal dulu dia kata polis penakut sebab tak serang, bila dah serang dia kata terlalu kejam, dan sebagainyalah.

Sekarang ini media mereka sibuk pulak mempersoalkan bagaimana ketua penceroboh lanun, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram boleh lolos balik semula ke Filipina? Ini semua jalan dan alasan untuk merendahkan moral pasukan keselamatan secara tidak langsung. Macamlah luas kawasan laut yang nak dikawal ini besar padang bola sepak.

Tapi yang perlu disebutkan disini, sehingga sekarang tidak ada bukti mengatakan Agimudin itu berada di Malaysia atau tidak. Kesimpulan yang mengatakan Agimudin ada disini dan mengetuai serangan lanun Sulu itu adalah datang dari abangnya sendiri, Jamalul Kiram anak haram kepada media Filipina.

Kononnya Agimudin menyatakan sekian dan sekian, tapi betul atau tidak Agimudin berada di Sabah, masih belum dapat dipastikan. Ada besar kemungkinan dia tak pernah sampai sini pun.

Penulis lihat keutamaan pasukan keselamatan sekarang ialah menghapuskan ancaman pengganas lanun ini, supaya rakyat kita di kawasan tersebut dapat terus hidup aman dan tenteram seperti dulu.

Agimudin ada atau tidak, lolos atau tidak bukan isu, isunya semua lanun ini perlu dihapuskan.

Selepas Operasi ini selesai, barulah kita bincang dan tentukan sama ada Agimudin memang ada disini dan mengetuai pencerobohan atau ia hanyalah propaganda Sultan lanun, Jamalul Kiram.




Malay Archipelago 1511

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...